Thursday, February 15, 2018

A.M. AZAHARI, SULTAN DAN BRUNEI RAYA (Bahagian 6)



A.M. Azahari

Di Perantauan

A.M. Azahari bin Sheikh Mahmud adalah anak watan Brunei, dilahirkan di Kampung Padang Lama, Pekan Brunei. Ibunya bernama Dayang Rafeah binti Haji Ibrahim dikatakan  berasal dari Kampung Sungai Kedayan. Beliau dibidankan oleh Dayang Suma dari Kampong Lorong Sikuna pada 28 Oktober 1928.

Beliau adalah salah seorang anak Brunei yang terpilih antara pelajar cemerlang yang dihantar oleh pentadbir tentera Jepun untuk mempelajari sains kehaiwanan di Institut Pertanian Bogor,  Indonesia pada tahun 1944 pada usia 16 tahun.

Pengiran Mohamad Yusof bin Pengiran Abdul Rahim seorang lagi anak watan Brunei dihantar oleh Jepun ke Hiroshima, Jepun untuk meneruskan pelajaran. Sebelum itu,  Pengiran Muda Omar Ali Saifuddien bersama dua orang sepupu baginda belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dihantar oleh Residen British.

Tidak ramai anak Brunei yang berpeluang seperti itu. Anak Brunei yang dihantar Jepun belajar keluar negeri amat bertuah berbanding dengan sesetengah pemuda Melayu di Tanah Melayu dan Singapura yang dikerah oleh Jepun untuk menjadi buruh paksa membina jambatan dan jalan maut di Burma. 

A.M. Azahari bagaimanapun tiba di Bogor dalam suasana seluruh bangsa Indonesia sedang menggelegak dibakar oleh api revolusi untuk mengusir Belanda dari seluruh Indonesia dan mempertahankan kemerdekaan yang diiystiharkan sebelah pihak oleh Ir. Sukarno dan Dr. Muhammad  Hatta pada 31 Ogos 1945.

Berkenalan Dengan Ahmad Zaidi Idruce

Di Institut Pertanian Bogor inilah A.M. Azahari bertemu seorang pelajar dari Sarawak iaitu Ahmad Zaidi Adruce yang kemudiannya memberi kesetiaan kepada beliau untuk membentuk sebuah negara Brunei baru, Brunei Raya yang lebih besar yang disebut Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU).  Penubuhan NKKU dalam buangan itu diiystiharkan pada 8hb Disember 1962, di Manila oleh A.M. Azahari.

Ahmad Zaidi  Adruce yang menjadi Menteri Pertahanan NKKU (1963 – 1966) dalam kabinet A.M. Azahari bernasib baik apabila diberi peluang oleh Kerajaan Malaysia menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke 5 dan meninggal dunia sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada tahun 2000.

Turun Ke Medan Juang

Jepun tidak menghalang kebangkitan semangat perjuangan kemerdekaan Indonesia itu, malah Jepunlah yang menggalakkan percambahan semangat kebangsaan Asia Timur Raya di kalangan bangsa yang terjajah di Asia yang dihalakan kepada penjajah dari Eropah.

Seluruh masyarakat di Bogor, tidak terkecuali masyarakat pelajar, terpanggil dan terlibat dalam revolusi menentang penjajahan semula Belanda selepas Jepun menyerah kalah. Bagi A.M. Azahari, Pidato Ir. Sukarno telah menyuntik semangatnya, menyebabkan beliau terus meninggalkan kuliyah untuk ikut sama secara langsung dalam kancah revolusi kemerdekaan Indonesia itu.

Ketika muda remaja lagi, beliau sudah mengenali makna sebuah kemerdekaan dan menyedari akan mulianya menjadi bangsa merdeka.  Dia berguru dengan Ir. Sukarno dan rakyat Indonesia dalam perjuangan politik kemerdekaan. Kesempatan ini telah mengasuh dan menjadikan A.M. Azahari seorang pejuang politik dan pejuang kemerdekaan yang bersemangat waja. 

Kalau  Ir. Sukarno dengan pimpinan dan ucapannya yang berapi mampu mengejutkan setiap pemuda Indonesia yang sedang lena untuk berhadapan dengan Belanda, maka begitulah juga tidak ada apa yang dapat menghalang A.M. Azahari dari terjun sama ke medan juang menentang Belanda. 

Dunia Melayu Raya

Semangat juang A.M. Azahari diperkukuh lagi apabila Ir. Sukarno melebarkan slogan kemerdekaan Indonesia itu sebagai satu perjuangan untuk melahirkan sebuah Indonesia Raya, di mana bendera Belanda berkibar, di situlah bumi Indonesia. Di mana saja ada penjajah di dunia ini, di situlah musuh Indonesia.

Dr. Burhanuddin Al Helmi dan teman-temannya dari kalangan tokoh kebangsaan di Tanah Melayu turut teruja dengan Konsep Indonesia Raya Ir. Sukarno dan Dr. Muhammad Hatta tersebut, lalu mencetuskan pula Konsep Melayu Raya, iaitu kesatuan wilayah terdiri daripada negeri Champa, Pattani, Tanah Melayu, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara (Sabah). Gagasan Dr. Burhanuddin Al Helmi ini sekadar satu lontaran idea yang sukar untuk direalisasikan. 

Kemudian, A.M. Azahari salah seorang pemuda yang telah ditakdirkan pernah berada dalam kumpulan dan dunia Ir. Sukarno dan Dr. Muhammad Hatta pula muncul dengan gagasan  Brunei Raya yang di sebutnya Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) terdiri dari kesatuan negeri Brunei, Sarawak dan Sabah di bawah sebuah pemerintahan Raja Berperlembagaan dengan menobatkan Sultan Brunei dan keturunan baginda sebagai Seri Mahkota Negara. Gagasan NKKU ini hampir berjaya jika tidak kerana dipukul bangsa sendiri.

Bagi pemuka politik nusantara selepas Perang Dunia ke II itu, gagasan  kesatuan Indonesia Raya, Melayu Raya dan Brunei Raya kelak akan dengan sendirinya membentuk sebuah dunia Melayu Raya yang kuat dan dihormati oleh bangsa lain dunia. Sekurang-kurangnya akan terjalinlah ikatan kerjasama erat di pelbagai bidang seperti politik, bahasa  dan budaya.  

Justeru siapakah antara putera Melayu baik dari mana sahaja mereka berada pada zaman itu, begitu bijak untuk menolak gagasan kesatuan dunia Melayu yang kuat, bebas dan raya itu?  

Kuliyah Di Medan Juang

Pemerintah Jepun dan ayahnya, Sheikh Mahmud melepaskan A.M. Azahari ke Bogor pada tahun 1944 untuk menjadi seorang terpelajar, tetapi Allah telah mentakdirkan bahawa  A.M. Azahari ke Bogor untuk belajar menjadi seorang pemimpin bagi bangsa dan masyarakat baharu Brunei atau Kalimantan Utara.

Beliau bukan sahaja ditakdirkan untuk menjadi pemimpin kepada orang Melayu Brunei, tetapi bersedia untuk menjadi pemimpin kepada kaum yang mendiami bumi Kalimantan Utara baik Iban, Dayak, Melanau, Kedayan, Kayan, Kenyah, kelabit, Orang Ulu, Kaum Cina, Kadazan, Dusun,  Bajau, Murut dan lain-lain.

Sekolah yang mengasuh A.M. Azahari menjadi seorang pejuang politik ini jauh lebih berharga dari mengikuti pengajian sains kehaiwanan yang kembali nanti sekadar untuk menjadi seorang pegawai pertanian.

Haba Revolusi Indonesia.

Haba revolusi Indonesia itu sendiri sebenarnya telah memukau sebahagian dari rakyat Brunei. Sultan Ahmad Tajuddin sendiri pernah mengutus kawat ucap selamat menyambut kemerdekaan kepada Presiden Sukarno dan mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih yang turut menjadi simbol dan panji perjuangan Barisan Pemuda Brunei (BARIP) di mana Baginda sendiri menjadi penaungnya.

Kejayaan rakyat Indonesia menghalau penjajah Belanda menjadi aspirasi kepada pemimpin Barisan Pemuda Brunei (BARIP) yang ditubuhkan selepas Jepun berundur,  seperti H.M. Salleh, Yasin Affandy, Osman Sungguh dan Abdullah Jaafar, untuk mengikut jejak saudara sejiran itu. Senario itu pastinya diperhatikan secara dekat oleh Penjajah British.

Mungkin atas premis sedemikian itulah, jika A.M. Azahari yang berpengalaman itu dibenarkan pulang, dibimbangi akan membangkitkan pula semangat rakyat untuk mencontohi rakyat Indonesia bagi menghambat Penjajah British, sedang penjajah British belum bersedia untuk meninggalkan Brunei. Justeru alasan inilah yang  mendorong British mencari jalan menghalang kepulangan “Sukarno Brunei” itu sehingga beliau tersekat lebih tiga bulan di Singapura sebelum dapat kembali ke Brunei. 

 Wallahua’alam (MMO). 

******

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. BONUS 10% SETIAP HARI

    Agen Bandar Taruhan Judi Bola Sbobet Online Terpercaya dan terbaik yg sediakan jasa layanan untuk awal akun permainan judi atau taruhan online terhadap anda di kantor cabang judi online yg bertingkat International, resmi dan terpercaya hanya di judi deposit pulsa.

    Juga Sebagai Cabang Bola Sbobet Indonesia Terpercaya, ZeusBola sudah berkerja sama dgn industri Sbobet beroperasi di Asia yg dilisensikan oleh First Cagayan Leisure & Resort Corporation, Manila-Filipina dan di Eropa dilisensikan oleh ketua Isle of Man buat beroperasi sebagai juru taruhan latihan jasmani sedunia.


    https://bolazeus.site/2018/12/31/situs-agen-taruhan-online-deposit-via-pulsa-25rb/
    https://bolazeus.site/2018/12/30/agen-betting-online-deposit-via-pulsa-telkomsel/
    https://bolazeus.site/2018/12/29/situs-agen-betting-online-deposit-pulsa-terpercaya/
    https://bolazeus.site/2018/12/28/agen-betting-online-deposit-pulsa-terpercaya-di-asia/

    bonus deposit s128

    Daftar di Link Alternatif anti Internet Positif disini :
    link zeusbola
    login zeusbola

    Ayo daftar sekarang di Zeusbola

    ReplyDelete