Penjajah Yang Angkuh
DYMM Sultan Omar Ali Saifuddein, sebagai raja bertakhta dalam suasana politik yang kosong sebelumnya, adalah tenaga tunggal berdepan dengan kuasa penjajah British untuk mewujudkan satu persiapan memimpin rakyat ke arah berkerajaan sendiri mengikut kaedah yang baginda fikir paling sesuai. Betapa tidaknya, sejurus Baginda Sultan menaiki tahta pada tahun 1950, tidak terbayang lagi akan berlaku peristiwa BRUFICO dan belum muncul riak rakyat untuk berpolitik.
Mungkin juga Baginda Sultan tidak pernah terfikir akan muncul di tengah masyarakat Brunei satu tenaga rakyat yang tersusun, akan bangkit menuntut hak bersama merangka dan melaksanakan sebuah perlembagaan untuk negeri Brunei.
DYMM Sultan Omar Ali Saifuddein, sebagai raja bertakhta dalam suasana politik yang kosong sebelumnya, adalah tenaga tunggal berdepan dengan kuasa penjajah British untuk mewujudkan satu persiapan memimpin rakyat ke arah berkerajaan sendiri mengikut kaedah yang baginda fikir paling sesuai. Betapa tidaknya, sejurus Baginda Sultan menaiki tahta pada tahun 1950, tidak terbayang lagi akan berlaku peristiwa BRUFICO dan belum muncul riak rakyat untuk berpolitik.
Mungkin juga Baginda Sultan tidak pernah terfikir akan muncul di tengah masyarakat Brunei satu tenaga rakyat yang tersusun, akan bangkit menuntut hak bersama merangka dan melaksanakan sebuah perlembagaan untuk negeri Brunei.
Kini Parti Rakyat Brunei (PRB)
hadir dengan pandangan yang berbeza menuntut hak untuk sama berperanan, malah
mahu menggantikan kuasa Residen British untuk menggimbari Baginda Sultan
mentadbir negeri Brunei selaras tuntutan berkerajaan sendiri dan merdeka.
Melalui pelantar PRB itu,
A.M. Azahari berdatang sembah memohon supaya perlembagaan itu memberi hak
berkongsi kuasa antara raja dan rakyat. Ironinya ialah kuasa penjajah British,
Istana dan PRB tidak berupaya untuk duduk semeja dan bertentang mata barang
seketika bagi membincangkan perlembagaan yang satu untuk semua itu.
Bagi A.M. Azahari dan PRB,
cara terbaik bagi menghurai nasib masa depan negara bangsa dan Institusi
Kesultanan Brunei adalah melalui perundingan tiga penjuru yang telus dan
ikhlas, iaitu antara British selaku Kuasa Penjajah, Baginda Sultan dan PRB.
Keengganan dua pihak lagi
meraikan anjuran PRB supaya ketiga pihak duduk berunding dan bermuafakat
mengenai kandungan perlembagaan itu telah menimbulkan keraguan melampau di kalangan
massa mengenai kejujuran mereka menunaikan aspirasi rakyat. Malah keangkuhan
mereka memperkecil suara rakyat itulah antara pencetus krisis perlembagaan yang
serius, dan antara sebab berlakunya kebangkitan massa pada 8hb Disember 1962.
Pandangan ini dikongsi
sama oleh Duli Pengiran Perdana Wazir dalam bukunya “Remember The 8th December
(ms 55), antara lain menyebut “There once was a land of 83,000 people and it
had a constitution. And in that constitution, it seems to me, all the problems
start and end. It is I believe, at the heart of all the claimed
conspiracies………. the rebels interpreted it one way. The government another. And
the British were more deeply involved than anyone anywhere in the region knew.”
Memorandum Cadangan
Perlembagaan PRB
Ke arah menunaikan
tanggungjawab politik dan sejarah, PRB yang baru berumur setahun jagung itu
telah melakar sebuah Memorandum Cadangan Perlembagaan yang dihadapkan kepada
Setiausaha Tanah-Tanah Jajahan British di London pada 18 Julai 1957 melalui
Pesuruhjaya Tinggi British bagi Brunei Sir Anthony Abell yang berpejabat di
Kucing, Sarawak.
Memorandum ini telah
diterima oleh Pejabat Tanah-Tanah Jajahan British. Berikutan itu, menyusul pula
perundingan antara Rombongan Merdeka PRB diketuai A.M. Azahari dengan Pegawai
Tinggi Pejabat Tanah-Tanah Jajahan pada 26hb September 1957. Perundingan
tingkat tinggi dengan Setiausaha Tanah-Tanah Jajahan British, Sir Allan Lenox
Boyed pula berlangsung pada 30hb September 1957.
Malangnya memorandum yang
mengangkat aspirasi majoriti rakyat Brunei ini tidak diambil perhatian
sewajarnya oleh Pejabat Tanah-Tanah Jajahan British dan Baginda Sultan,
menyebabkan rakyat pada umumnya begitu kecewa.
Berikut ialah terjemahan
teks Memorandum Cadangan Perlembagaan PRB seperti yang disebutkan. Dokumen ini
mengandungi pandangan dan cadangan PRB mengenai roh perlembagaan yang
dihasratkan oleh parti tersebut untuk pertimbangan Pejabat Tanah-Tanah Jajahan
British dan Baginda Sultan sendiri.
Semoga dokumen ini sedikit
sebanyak dapat membantu pelajar sejarah, khususnya kajian menyangkut salur
galur perlembagaan Brunei 1959 dan natijah selepasnya:
“MEMORANDUM CADANGAN
PERLEMBAGAAN
Makna dan konsep “Merdeka”
Parti Rakyat adalah parti
dan gerakan yang lahir dari aspirasi dan semangat rakyat Brunei yang mahukan
kebebasan sejak tahun 1946. Semangat dan keinginan ini sudah meresap ke seluruh
pelusuk Asia Tenggara di mana rakyat inginkan hak dan suara di dalam
pentadbiran.
Rakyat Brunei adalah taat dan setia kepada Raja, oleh itu apa yang mereka inginkan adalah hak mereka sebagai manusia yang lahir bebas dan bermaruah, bukannya memberontak semata-mata inginkan kuasa. Mereka bersifat penyabar, cintakan kedamaian dan pada masa yang sama satu bangsa yang mementingkan harga diri. Oleh itu asalkan maruah mereka dihormati, mereka akan berpuas hati jika diberikan peranan dan kuasa yang bermakna dalam pentadbiran, walaupun ini belum bererti “merdeka” yang sebenar.
Parti Rakyat
Keahlian Parti Rakyat
sudah berjumlah 16,000 dalam tahun pertama di mana jumlah tersebut merangkumi
peratusan yang besar bilangan lelaki dewasa di Brunei. Lebih penting lagi,
taburan ahli-ahli Parti adalah meliputi seluruh daerah-daerah di Brunei
termasuk Bandar Brunei, Seria, Muara, Tutong, Temburong dan Kuala Belait. Ini
menunjukkan kesatuan dan semangat kenegaraan sudah wujud di kalangan rakyat
Brunei ketika ini. Ini adalah bukti terhadap kedudukan Parti Rakyat sebagai
wakil kepada sentimen sebenar rakyat Brunei. Parti Rakyat yakin mendapat mandat
daripada rakyat dan sejauh mana kebenaran kenyataan ini akan dapat dibuktikan
di dalam pilihanraya kelak.
Ekonomi
Penemuan minyak hampir
tiga puluh tahun lepas membawa perubahan besar kepada Brunei, yang mana sebelum
itu adalah sebuah negara yang miskin hinggalah kini mempunyai sumber kekayaan
yang mengagumkan. Sungguhpun demikian kita tidak seharusnya leka dengan
kedudukan sekarang. Kita semestinya mengambil kesempatan masa senang kini
dengan membuat persediaan menghadapi kesusahan yang mungkin tiba di masa
hadapan. Adalah benar General Reserve Fund yang kini berjumlah empat ratus juta
dolar sudah diwujudkan untuk tujuan ini. Tetapi simpanan wang tunai sedemikian
tidak terjamin kestabilannya kerana nilainya mungkin terjejas bergantung kepada
keadaan pasaran matawang.
Oleh itu kekayaan negara
hendaklah dilaburkan ke arah sumber-sumber ekonomi yang tetap. Langkah pertama
yang perlu dijalankan ialah menaikkan taraf kehidupan rakyat secara menyeluruh.
Bukan sekadar menaikkan pendapatan, tetapi merangkumi semua aspek perumahan,
pendidikan, kesihatan, dan juga tanggungjawab sivik.
Seterusnya ialah pembinaan
infrastruktur penting seperti jalanraya, pelabuhan dan kilang-kilang untuk
membangunkan sektor pertanian dan perindustrian. Inilah sebabnya kita
memerlukan sebuah pentadbiran yang demokratik untuk memastikan segala
perancangan berjalan dengan lancar dan cekap. Risiko kegagalan untuk
membangunkan rakyat Brunei dalam dekad seterusnya adalah satu kemungkinan yang
tidak sepatutnya dihadapi oleh rakyat Brunei. Yang nyata di sini demokrasi
ialah jalan untuk menjaga kepentingan masa hadapan rakyat Brunei.
Kesedaran Politik
Ada pendapat yang
mengatakan kemunduran fikiran dan politik rakyat Brunei akan menghalang
pembentukan demokrasi yang sebenar. Walaupun terdapat segelintir rakyat yang
ketinggalan dalam pendidikan dan pengetahuan, ini tidak bermakna mereka tidak
mempunyai kemampuan untuk memahami isu-isu yang menyentuh kehidupan mereka.
Adalah tidak adil untuk menyifatkan undi mereka ini sebagai tidak berguna dan perlu
diingat masalah ini bukannya sesuatu yang unik dan terdapat di Brunei sahaja,
malah di negara-negara Barat yang maju pun terdapat pengundi yang serupa.
Kelayakan Mengundi
Adalah dicadangkan bahawa
semua lelaki dewasa rakyat Brunei yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah
layak untuk mengundi. Status kerakyatan seseorang mestilah ditentukan melalui
syarat-syarat tertentu yang adil dan tidak bersifat diskriminasi terhadap kaum
bukan Melayu. Syarat pertama ialah kelahiran di Brunei, kedua ialah tinggal menetap
di Brunei untuk satu tempoh yang tertentu, dan ketiga ialah menerusi proses
kewarganegaraan. Sungguhpun majoriti rakyat Brunei ialah terdiri dari kaum
Melayu, terdapat sejumlah rakyat keturunan Cina yang berkedudukan penting di
Brunei. Maka sebab ini, dianjurkan supaya Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris
bersama-sama dinaikkan sebagai Bahasa Rasmi di Brunei.
Perlembagaan
Negara Brunei tidak
mempunyai perlembagaan bertulis. Secara tradisi ia diperintah oleh Sultan yang
dibantu oleh empat orang Wazir dan lain-lain pegawai. Cuma peninggalan struktur
pemerintahan ini sahaja yang masih kekal sejak tahun 1906, kerana setelah
termeterainya perjanjian dengan Kerajaan Inggeris di mana Sultan telah
bersetuju untuk menerima seorang Pegawai British yang akan bertindak sebagai
Residen, Agen dan wakil kepada Kerajaan Inggeris, dan Sultan dikehendaki
menerima nasihat Residen tersebut dalam semua perkara kecuali yang melibatkan agama
Islam, secara tidak langsung Kerajaan Brunei telah tertakluk di bawah kekuasaan
British.
Majlis Mesyuarat Kerajaan
yang ada sekarang adalah bersifat tidak demokratik di mana tidak wujud langsung
elemen pemilihan untuk menentukan wakil rakyat dan tidak ada peluang untuk
rakyat bersuara dan mengkritik. Yang paling penting ialah tidak wujud satu cara
untuk menukar pentadbiran yang tidak dipersetujui oleh majoriti dan juga tidak
cekap.
Rakyat Brunei semakin
sedar akan perasaan kecewa terhadap situasi ini di mana mereka tidak mempunyai
kuasa untuk membuat perubahan. Rakyat inginkan hak dan suara untuk menentukan
nasib mereka sendiri. Yang jelas, perubahan cuma akan berlaku dengan mewujudkan
sebuah perlembagaan yang berdasarkan demokrasi.
Perlu ditekankan bahawa
sekarang ialah tempoh yang kritikal untuk negeri Brunei. Tidak lagi dapat
dinafikan di mana-mana sahaja rakyat semakin sedar secara politik. Walaupun
mereka belum dapat membentuk aspirasi mereka secara terperinci, mereka tentu
dapat membezakan di antara Majlis yang mana mereka mempunyai suara dan Majlis
yang akan mengekang hak-hak mereka. Rakyat kini hidup dengan penuh harapan,
adalah sangat malang sekiranya perasaan tersebut bertukar menjadi kecewa.
Sekaranglah masa yang paling sesuai untuk mendapat kerjasama yang sepenuhnya
dari mereka ketika semangat saling percaya, kesetiaan dan kemampuan sedang
meningkat. Dari segi kekurangan pengalaman pula, rakyat tentulah bersedia untuk
belajar. Oleh itu, atas semangat dan prinsip inilah cadangan berikut dibuat.
Apa yang dicadangkan ialah
penubuhan sebuah sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan di mana DYMM Sultan akan
memerintah berdasarkan nasihat daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Secara ringkas adalah disarankan untuk menubuhkan sebuah Majlis (Legislative
Assembly) yang dianggotai oleh 36 orang ahli, di mana 27 adalah dipilih oleh
rakyat, dan selebihnya dilantik oleh DYMM Sultan termasuk sekurang-kurangnya 2
orang wakil dari Brunei Shell Petroleum Company Limited. Residen British pula
akan bertindak selaku Speaker Majilis tersebut dengan mempunyai satu undi.
Negara Brunei akan dibahagikan kepada sejumlah kawasan-kawasan untuk tujuan
pilihanraya. Pengundian hendaklah dijalankan secara undi rahsia.
Kuasa eksekutif terletak
di tangan Kerajaan pada waktu itu. DYMM Sultan menurut perlembagaan akan
memanggil menghadap Ketua Parti (sekiranya ada), yang memegang majoriti di
dalam Majlis untuk membentuk Kerajaan dan akan bertindak menurut nasihat beliau
di dalam soal perlantikan Menteri dalam kerajaan. Setelah pembentukan kerajaan
Ketua Parti tersebut akan menjadi Ketua Menteri. Menurut perlembagaan lagi,
Ketua Menteri akan menasihati DYMM Sultan dalam pentadbiran setelah beliau
merujuk kepada Residen British (bergelar Penasihat British) selaku Agen kepada
Kerajaan British.
Adalah dicadangkan lagi,
satu penggal pemerintahan sebuah kerajaan adalah selama empat tahun. Sebuah
pilihanraya umum hendaklah di adakan dalam tempoh enam minggu setelah Majlis
dibubarkan oleh DYMM Sultan. Setelah genap lima tahun perlaksanaan perlembagaan
yang dicadangkan, Kerajaan British bersama dengan DYMM Sultan dan Kerajaan
waktu itu patut mengadakan perbincangan untuk membuat pindaan terhadap
perlembagaan tersebut. Satu kaedah juga perlu diwujudkan untuk membuat pindaan
kepada perlembagaan, iaitu melalui resolusi yang diluluskan oleh majoriti dua
pertiga ahli Majlis selama tiga tahun berturut-turut.
Perkembangan Masa Hadapan
Penubuhan sebuah
Persekutuan di antara Brunei, Sarawak dan Borneo Utara harus dijadikan
objektif. Kemungkinan untuk mewujudkan persekutuan dengan Tanah Melayu yang
lain juga adalah suatu yang perlu difikirkan. Tetapi ini bukanlah suatu isu
yang mempunyai kepentingan setaraf dengan isu perlembagaan di Brunei yang harus
diselesaikan terlebih dahulu. Ianya juga tidak sepatutnya mempengaruhi apa saja
keputusan di dalam penyelesaian isu perlembagaan tersebut.
“Oleh itu, Kami dari Parti
Rakyat, di atas dan untuk nama rakyat Brunei, memohon kepada Kerajaan Baginda
Seri Ratu di United Kingdom untuk menerima Memorandum ini. Kami dengan segala
hormatnya juga meminta agar Yang Berhormat Setiausaha Negara mengenai hal-ehwal
Luar Negeri menerima di London sebuah delegasi dari Brunei pada tarikh awal
(seperti September 1957), untuk menyokong cadangan-cadangan yang dibuat di
dalam Memorandum ini dan untuk tujuan menjawab sebarang bantahan yang mungkin
ditimbulkan terhadap cadangan-cadangan tersebut sebelum Kerajaan Baginda Seri
Ratu membuat keputusan mengenai nasihat yang akan diberikan kepada DYMM Sultan
dalam rundingan Perlembagaan Baru Brunei.”
Begitulah kandungan
memorandum yang dinilai kalangan penganilisis politik sebagai amat sederhana
dan berhemah, yang telah dihantar ke Pejabat Tanah-Tanah Jajahan British di
London disusuli dengan perbincangan antara perwakilan PRB dan pejabat
Tanah-Tanah Jajahan British.
Justeru itu, beranikah
kita menyatakan bahawa pendekatan politik perlembagaan A.M. Azahari dan PRB
untuk menghurai dan melakar nasib masa depan negara bangsa melalui perundingan,
muafakat dan kesepakatan bersama tiga pihak berkepentingan yang telus dan
ikhlas, iaitu antara British selaku Kuasa Penjajah, Baginda Sultan dan PRB
mewakili suara majoriti rakyat sebagai pendekatan yang salah?.
Kenapakah anjuran ikhlas
PRB ini tidak pernah disahut dan disambut, malah diperlekeh dan dijadikan bahan
fitnah, konon A.M. Azahari dan PRB gila kuasa, pengkhianat dan penderhaka yang
mahu merampas kuasa sultan? Tidakkah ini satu bentuk provokasi terhadap
rakyat?.
Wallahua’alam (MMO).
Wallahua’alam (MMO).
*****
No comments:
Post a Comment