Pidato Sulung A.M. Azahari
Pidato
sulung A.M. Azahari pada 22 Januari 1956 iaitu pidato penubuhan Parti Rakyat
Malaya Cabang Brunei pada sidang penubuhannya di rumah H.M. Salleh di Kampung
Sungai Kianggeh, Pekan Brunei telah menyerlahkan ketokohan beliau sebagai seorang
pendokong demokrat, nasionalist dan royalist yang cinta damai.
Dalam
pidatonya itu, A.M. Azahari antara lain, menzahirkan syukurnya kehadrat Allah
dan mengucapkan terima kasih di atas kesedaran mereka yang hadir untuk bersatu
dan berjuang bagi mendaulatkan nusa
bangsa dan tahta Baginda Sultan. Atas
kesedaran mendalam itulah ianya mendorong ke arah pengukuhan kesatuan rakyat di
dalam sebuah badan politik.
Beliau
yakin bahawa kesedaran untuk bersatu itu sudah sedia bersemi di dalam jiwa
rakyat Brunei khususnya dalam kalangan bangsa Melayu. “Kesedaran yang
demikianlah yang menjadi pokok dan mendorong kita untuk bersatu, berjuang bahu
membahu dan mendorong kita keseluruhannya memperkuat persatuan itu dalam satu
badan politik.” Tegas A.M. Azahari.
Beliau
berseru, “hendaknya, sekali bersatu terus bersatu, persatuan yang mewaja akan
membawa kekuatan raksasa untuk
mempertahan nusa dan bangsa. Dan berjanjilah, kita tidak akan mahu lagi
dipecah belah oleh golongan mana sekalipun, baik oleh bapa atau ibu kita, kita
akan menentang orang-orang yang akan memecah belah kita, dan pasti orang-orang
itu akan kalah.”
Menurut
A.M. Azahari, bersatu dan berjuang dalam sebuah wadah politik, “bukan
bererti kita akan terus mendapat “syurga” dalam tempoh satu hari atau satu
tahun.” Kemenangan yang dicita-citakan melalui proses perjuangan yang
berlandaskan rundingan dan perdamaian akan mengambil masa.
Namun
itulah strategi perjuangan pilihan A.M. Azahari, “tujuan kita akan mencapai hak
mutlak kita dengan teratur dan bersatu. (Kemenangan) menghendaki (memakan)
masa, yang tidak dapat ditentukan oleh sesiapa pun juga, melainkan oleh rakyat
sendiri.”
Gesaan
beliau agar diperkukuh kesatuan bangsa, bukan bermaksud untuk “mengacau
keamanan dan membenci kepada bangsa lain, itu tidak sama sekali, malah kita
akan lebih mempererat persahabatan kita dengan bangsa apa sekali pun, asalkan
bangsa itu mahu bersahabat dengan kita.”
Beliau
menegaskan, “disamping kita memperjuangkan hak kemerdekaan bangsa dan tanah air
menurut cita-cita politik parti, kita juga akan menjaga keamanan dan
kesejahteraan bangsa dan rakyat.”
Piagam Hak Asasi Manusia
Keyakinan
politik beliau ialah, perjuangan kemerdekaan itu boleh mencapai kejayaan dengan
adanya jaminan piagam “Universal Human Rights” dalam menentukan nasib sesuatu
bangsa atau golongan, kerana jaminan itu telah disepakati dan diakui oleh bangsa-bangsa di dunia ini, hatta
“Pemerintah British pun ikut serta menandatangani undang-undang (piagam itu).”
Dengan
penuh diplomasi A.M. Azahari menegaskan, “sungguhpun kita berjuang dan menuntut
hak kemerdekaan, tetapi kita tidak sama sekali akan membenci kepada British
malah kita akan hormat mereka dan mencintai mereka sebagai guru kita,
lebih-lebih lagi kalau pemerintahan England
tidak berlengah mengakui hak-hak kita, sudah tentu kita akan memberi
kehormatan kita berlipat ganda. Dan kita akan (mengenalpasti) dan mengakui
hak-hak kita dan kepentingan England, malah kita akan berganding tangan
menentukan segala perkara dan mengisi kantung “Commonwealth”…”
Beliau
juga tidak ragu menyatakan bahawa “Inggeris itu satu bangsa yang tinggi mutu
peribadinya. Serta satu bangsa yang memimpin kita ke arah kemajuan, dan dari
sebab itu kita tidak akan melupakan budi baik dari bangsa dan kerajaan British.”
Merdeka Tanpa Pertumpahan Darah
A.M.
Azahari percaya betapa perjuangan kemerdekaan itu tidak semestinya melalui pemberontakan atau pertumpahan darah.
Beliau mengambil contoh bahawa Malaysa di bawah pimpinan Tengku Abdul Rahman
sedang berada di Colonial Office di England,
“Rombongan Merdeka” Malaya itu
“sudah menghampiri ke gerbang kemerdekaan.”.
Begitu
juga Mr. David Marshal, Ketua Menteri Singapura yang sudah kembali pula ke
Singapura dari perjalanannya ke Colonial Office dengan maksud yang sama, iaitu
beliau berangkat pada bulan November dan kembali pada bulan Disember hujung.”
A.M. Azahari turut menyuntik semangat hadirin,
dengan panjang lebar mempamirkan
perjuangan kemerdekaan India di bawah Mahatma Ghandi yang terkenal sebagai “The
great leader of Non-violence.”
Beliau
memberikan keyakinan bahawa perjuangan kemerdekaan yang dipimpinnya adalah satu
perjuangan yang hakiki dan sah justeru tetap dilindungi oleh Piagam “Universal
Human Rights” di bawah lindungan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang diakui oleh
segala bangsa.
A.M.
Azahari mengingatkan pihak penjajah,
kendati pun rakyat Brunei baharu
sahaja memulakan langkah perjuangan
kemerdekaan nusa bangsanya secara serius
melalui organisasi politik dan undang-undang, justeru janganlah apa jua
yang menjadi hak dan milik nusa bangsa
ini terus “diperkosa”.
Sejarah Di Belakang Kita
Pesan
A.M. Azahari, “maka dari itu, janganlah kita lemah semangat dan tidak
memperdulikan perjuangan yang mahal nilainya itu, sebab sejarah akan selalu
mengikuti di belakang dan mencatat segala langkah dan bakti kita terhadap
bangsa dan tanah air. Dari itu janganlah kita membuang kesempatan yang keemasan
ini, marilah kita bersatu, sekali lagi bersatu!”
Dengan
sisnis beliau berkata, “Nah! Kalau kita sudah dapat meninjau demikian, kita
pula percaya satu waktu nanti pemerintahan British juga akan mengembalikan hak
Melayu kepada bangsa Melayu, sebab pemerintahan British yang adil itu akan
terus adil”.
Beliau
seterusnya berkata, kalangan pemimpin dunia yang cinta damai sering
mengungkapkan betapa “Perdamaian akan dapat terjamin bilamana sesuatu bangsa
tidak lagi memerintah kepada bangsa yang lain”. Antara lain perkataan, “kita
tidak perlu ragu lagi (untuk menuntut) hak kemerdekaan bangsa kita kerana ia
harus diberikan kembali kepada kita.”
Beliau
bertanya, “apakah kemerdekaan itu akan datang dengan sendirinya? Jawabnya pasti
tidak, melainkan kemerdekaan sesuatu bangsa hanya akan datang dengan perjuangan
yang kuat dan persatuan yang kukuh dan teratur serta disiplin yang (tinggi),
tidak lemah.”
“Maka
dari sebab kita ingin kemerdekaan, kita akan berjuang. (Namun) perjuangan yang
tidak teratur, hanya akan merugikan diri. Sebab kita mahu berjuang dengan
teratur itulah, kita mendirikan cabang Parti Rakyat hari ini, melalui
undang-undang, berparti dan disiplin waja
- itulah saluran bagi perjuangan kita, dan dengan jalan itulah kita secara
perlahan akan mencapai kembali hak pusaka bangsa dan tanahair, iaitu
kemerdekaan, dengan mencapai kemerdekaan itulah kita akan dapat mencapai
(cita-cita) politik Parti Rakyat.”
Beliau
menekankan, “syarat mutlak untuk mencapai cita-cita kita, ialah dengan menjaga
sebaiknya keamanan negeri dan melalui perlembagaan. Bersatulah saudara-saudara,
jangan lengah dan sekali lagi jagalah keamanan dan semangat kebangsaan kita,
dan berilah penerangan kepada saudara-saudara kita yang belum faham dan
mengerti atas tujuan kita yang mulia ini.”
Mengakhiri
pidatonya, A.M. Azahari berdoa, “Kepada Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan,
Raja Pujaan kita, semoga dipanjangkan usia serta disihatkan badan oleh Allah
SWT. Dan dapatlah Maulana kita tetap duduk di atas takhta Kerajaan dengan aman
dan sentosa. Dan kita percaya, Maulana akan faham atas taat setia rakyat”.
Anggaran Dasar dan Manifesto Penubuhan Parti
Sebaik
selesai amanat bersejarah itu, A.M. Azahari terus mengemukakan kertas cadangan
anggaran dasar partai dan manifesto penubuhan partai untuk dibincangkan dan
dipersetujui. Kedua dokumen itu selari menekankan kepada perubahan atau
pembaharuan dalam tiga aspek penting iaitu politik, ekonomi dan sosial seperti berikut;
Politik
1. Menyuarakan fikiran dan pendapat rakyat terhadap tiap-tiap masalah politik yang timbul di dalam dan di luar tanah air dari masa ke semasa;
2. Mempersatukan tenaga rakyat untuk melahirkan satu tenaga rakyat raksaksa yang berdasarkan kekeluargaan bagi mempertahankan kekuatan nusa dan bangsa;
3. Menginsafkan rakyat dengan memberikan pendidikan politik yang luas kepada mereka itu sesuai dengan cita-cita partai;
4. Menuntut terbentuknya perwakilan rakyat yang seratus peratus dari yang serendah-rendahnya sehingga yang paling tinggi sampai terbentuk pemerintahan yang didukung oleh rakyat;
5. Bekerjasama dengan segala partai politik yang ada di Malaya dan Borneo bagi perjuangan yang sama;
6. Menuntut kemerdekaan melahirkan fikiran dengan lisan dan tulisan, bersidang, berkumpul, berorganisasi dan lain-lain hak demokrasi;
7. Menuntut hak memilih dan dipilih yang umum, luas dan langsung.
Ekonomi
1. Menggalak dan menganjurkan rakyat bersyarikat dan bergotong royong (cooperation) dalam perniagaan, pertanian dan lain-lain;
2. Menuntut supaya diadakan pendidikan yang luas berkenan perusahaan dan perdagangan;
3. Menuntut supaya kekayaan negeri ini sebahagian dipergunakan untuk kesejahteraan rakyat.
Sosial
1 . Menutut supaya adanya undang-undang sosial yang menjamin perlindungan atas kaum buruh, tani dan lain-lain secukup-cukupnya terutama mengenai upah, waktu bekerja, layanan perumahan, layanan kesihatan, persekolahan anak-anak, bantuan dalam kecelakaan, bantuan di hari tua dan lain-lain;
2. Menuntut hak-hak mogok dan tunjuk perasaan (demonstrasi) bagi kaum buruh dan rakyat umum;
3. Membenteras buta huruf di kalangan rakyat;
4. Menuntut hak-hak belajar dan melanjutkan pelajaran bagi tiap-tiap rakyat atau kanak-kanak
5. Memajukan kebudayaan kebangsaan yang menjadi kekuatan bangsa;
6. Menuntut hak tiap-tiap rakyat atas pekerjaan dan penghidupan yang layak bagi rakyat seluruhnya;
7. Menjalankan usaha sosial lain yang mendatangkan kebajikan bagi rakyat;
8. Menuntut upah bagi kehidupan yang sesuai untuk 'Pehin-Pehin; dan ketua kampung seluruhnya;
9. Menuntut didirikan Pejabat Ugama (berasingan dengan pejabat Adat Istiadat) yang teratur dan segala pekerja yang lengkap dan mendapat gaji yang sesuai.
Jerayawara
Serentak
pelancaran penubuhan Parti Rakyat itu,
ke hulu ke hilirlah A.M. Azahari dan teman-temannya memperkenalkan parti
baharu ini dengan membawa isu merdeka
dan kebebasan, serta sokongan terhadap hasrat DYMM Baginda Sultan untuk
memperkenalkan pembaharuan politik melalui
sebuah perlembagaan bertulis.
Di setiap
majlis jerayawara yang dianjurkan di pekan dan di desa, pimpinan parti
sentiasa disambut hangat oleh penduduk
setempat. A.M. Azahari tetap berhati-hati disetiap pidatonya agar tidak
menyinggung Baginda Sultan dan Istana.
Pemimpin
PRB senada menuding penjajah British sebagai sasaran politik yang menjarah
kekayaan hasil bumi Brunei, membiarkan rakyat miskin dan daif serta dengan
senghaja melambat-lambatkan peroses pendidikan kepada rakyat. Justeru langkah
Brunei menuju kerajaan sendiri melalui gagasan sebuah perlembagaan mesti
disokong selagi mana ia bersempeti dengan kemahuan rakyat.
Begitulah
watak, strategi dan cita-cita politik anak muda yang berumur 28 tahun yang bernama A.M. Azahari, Malangnya, cita-cita
murni beliau itu telah dipintas oleh penjajah British dan juak-juaknya dengan
berbagai tohmahan dan penghinaan hingga ke akhir hayatnya. Al Fatihah…
Wallahua’alam (MMO).
Wallahua’alam (MMO).
*******
PROMO UNTUK MEMBER BARU!
ReplyDeleteAgen Judi Pulsa Terpercaya Di Indonesia, kediaman badal Poker Online mengawamkan pulsa adalah selaur saudagar judi yang mencalonkan pergelaran poker online pada masa ini sudah sekali sepele degnan adanya pertunjukan ini judi online sedimen lewat pulsa akomodasi dalam bermain disebuah pertunjukan poker online yang bisa kita jumpai kala ini memang buah semenjak kian tumbuhnya masa dan teknologi waktu ini didalam permainan tandon online. Atas cukup menggunakan pulsa penaka aset deposit pementasan di poker via pulsa online, anakbuah sudah memetik kesempatan yang luas berlagu lalu memimpin permainan.
Berkelakuan menyerukan pulsa didalam pementasan judi online jelasnya sebenarnya hendak kian melampiaskan anggota masa kamu mengerjakan permainan tandon online. Dengan adanya sedimen via pulsa maka pegawai akan kuasa berdasarkan simpel berisi menggadang beserta berperan jagoan didalam sekarakter pementasan poker. Tontonan poker online sedimen melewati pulsa tentunya bakal menggabai beberapa utilitas bermegah-megah yang cakap berwujud pulsa cuma maupun berwujud uang sahih didalam sekarakter pergelaran judi online.
BACA JUGA:
poker via pulsa
judi poker via pulsa
main judi via pulsa
Ayo daftar sekarang hanya di ZeusBola